Isnin, 8 Disember 2014

Singgah Sebentar

Wahhhh... dah lama rasanya sy tak update blog sendiri.... buzy bebenor... haha... banyak benda nak uruskan lagi2 final sem... fuhhh... terkejar2.... pejam celik, pejam celik tinggal 1 minggu sahaja lagi sebelum kuliah tamat... lebih kurang 3 minggu je lagi nak bertemu encik final...hehe... gerun ye... tesis x setel lagi... target minggu ni nak proceed draft before buat cover tesis... still kena tambah lagi...huhu... nak buat macam mana... sabar jela menempuhnya... macam tak percaya dah nak habiskan belajar... wauuuu... tahun depan start bulan 2 sampai bulan 6... lepas tu.... weeee... hehe... kita nantikan majlisnya...hehe... lambat atau cepat tengok pada keadaan semasa...hehe.... doa-doakan untuk urusan majlis walimah kami dipermudahkan.... Allahumma Amin,..

Sebelum terlupe, rasanya sy nak wish kat sini jugak lah, even dah wish by mesej... hehe... tahniah awak atas position kerja yg sudah stabil sekarang... i'm happy for u... dah boleh start menanbung untuk keperluan akan datang.... kita utamakan dharuriyyat dulu ye...hehe... kumpul duit untuk beli rumah, keperluan anak-anak, kecemasan dan sebagainya... sy sentiasa doakan untuk awak agar diberikan position lebih baik dan boleh naik gred position lagi akan datang... untuk position yang ni sy betul2 happy bila tahu, Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan awak dan maqbulkan doa kita... Alhamdulillah....

thanx u so much to being my closely partner in my life. thanx u for everthing whatever u give me, especially belanja makan, bagi makan sy secukupnya, patot badan sy makin kembang...hehe.. badan awk pun sama makin kembang juga...hehe... banyak ujian sama ada kecil atau besar kita sama2 hadapi, walaupun kadang kala, kita berdua sedikit beremosi bila face the situation, masing2 muda lagi, but, u are always become cool first than me...hehe... kita cuba facing together then solve together... ^_^

berbalik pada cerita mula-mula tadi, rasa kejap je belajar dekat nilai ni, dah nak habis dah... lumrah kehidupan, sejauh mana pun kita belajar, kita tetap kena berkerja.... oklah, sy nak sambung kerja semula... jumpa lagi... asssalamualaikum..

Selasa, 2 September 2014

TRIP TO YOGYAKARTA (Jogjakarta) - PART 1

Assalamualaikum semua...  untuk entry kali ni saya akan kongsikan anda semua tentang perjalanan kami dan segala persiapan kami...

Ni jadual yang saya buat untuk mempermudahkan urusan ahli trip yang lain:


SILA AMBIL PERHATIAN !!!!!
MAKLUMAT PERJALANAN:
24 OGOS 2014 (AHAD):
2.00PM - 7.00PM : Peserta mula bergerak dan berkumpul di KLIA2 (PART 1)
7.30 - 8.30 PM : Solat Maghrib dan Isyak (Jama’ Taqdim)
8.30 - 10.00 PM : Sesi Taklimat Bermula dan Penggumpulan Passport serta Duit Cukai (PART 2).. insya Allah…ada ruang di ruang legar 2M.
10.00 PM : Bersurai dan berehat di ruangan rehat KLIA2 atau di surau KLIA2 (PART 3)
25 OGOS 2014 (ISNIN):
4.00 – 5.45 AM : Bangun dan bersiap secara beransur-ansur
5.52 – 6.15 AM : Solat subuh berjemaah di surau KLIA2
6.15 – 7.30 AM : Bersiap-siap dan beratur untuk check in luggage di kaunter KLIA2
7.30 – 8.00 AM : Sarapan (masing-masing)
8.00 – 8.30 AM : Taklimat ringkas dan amanat dari pensyarah pengiring serta bacaan doa
8.30 – 9.00 AM : Bergerak menuju ke Balai Pelepasan Antarabangsa --> Kastam --> Scan Body dan Hand Luggage --> Gate terminal dan menunggu sehingga Gate di buka (PART 4)
9.45 AM : Kapal terbang mula bergerak dan dijangka tiba pada 11.20 AM di Airport Adi Sucipto Yogjakarta.
MAKLUMAT TERPERINCI:
(PART 1)
1) Peserta mula bergerak samada secara individu atau berkumpulan menuju ke KLIA2. Terdapat 4 cara untuk ke KLIA2:
1.1 Datang sendiri dengan kereta
1.2 Datang dengan Train:
* KLIA Transit Train – Boleh naik dari mana-mana stesen dan perjalanan mengambil masa 39 minit dari KL Sentral (KL Sentral, Bandar Tasik Selatan, Putrajaya & Cyberjaya, Salak Tinggi). (RM35 sehala dari KL Sentral dan RM 26.50 dari stesen Bandar Tasik Selatan).
* Train ERL Ekspres/ KLIA Ekspress = KLIA – KL Sentral / KL Sentral – KLIA (non-stop). Perjalanan mengambil masa 33 minit ke KLIA2. (RM35 sehala)
1.3 Datang dengan teksi (RM90)
1.4 Datang dengan bas:
* skybus (RM8/per way) ( I jam 15 minit)
* Jetbus (RM 8/per way) (1 jam 15 minit) (dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke KLIA2)
* Aerobus (RM10/per way) (dari KL Sentral ke KLIA2)
* Airport Coach (RM10/per way) (dari KL Sentral ke KLIA2)
* Cityliner (dari Nilai, Banting, Seremban Ke KLIA2)
* Airport Liner (dari KTM Nilai, Bandar Baru Nilai (RM2.50), Desa Cempaka dan Desa Jasmine (RM3.50), Bandar Baru Salak Tinggi (RM2.50) (RM4/per way dari KTM NILAI)
2) Peserta digalakkan untuk membawa bungkusan bekalan makanan siap-siap dan makanan ringan seperti roti sebagai langkah penjimatan untuk tempoh makan malam sehingga sarapan pagi sebelum berlepas keesokannya. (sebabye makanan kat airport ni mahal even fast foodye 2 kali ganda harga asal).
3) Peserta di minta untuk menepati masa dan dating tepat pada waktunya untuk mengelakkan kelewatan.
4) Sila pastikan beg anda tidak melebihi 20 KG untuk baggage dan 7 KG untuk hand carry.
(PART 2)
1) Semua passport akan dikumpulkan untuk urusan penerbangan dan akan diberikan sebelum bergerak ke balai pelepasan.
2) Duit RM50 (200,000 rupiah) hendaklah di masukkan ke dalam sampul dan perlulah menulis nama penuh. Duit RM 50 ni adalah bayaran untuk cukai di airport Yogyakarta sewaktu pulang dari Indonesia ke Malaysia nanti.
3) Peserta di minta untuk mengasingkan barang atau pakaian antara hand luggage dan baggage (beg untuk di bawa masuk kargo).
4) Elakkan membawa barang terlalu banyak dan berat di dalam hand carry disebabkan untuk mengelakkan rasa penat ketika melalui skybridge untuk sampai ke pintu gate yang agak jauh.
5) Dilarang membawa air, makanan, barangan tajam, minyak urut, kepit kuku di dalam hand carry dan hendaklah menyimpannya di dalam baggage. Seandainya sensor berbunyi sila maklumkan pada imegresen.
(PART 3)
1) Seandainya peserta ingin menjelajah 1 bangunan KLIA2 sila inform kepada ketua dan penolong dan peserta dilarang untuk keluar jauh dari bangunan KLIA2.
2) Peserta diharapkan dapat menjaga adab dan tingkah laku sepanjang program berjalan.
(PART 4)
1) Berkumpul tepat pada waktunya untuk mendegar sedikit taklimat dari pensyarah iringan dan bacaaan doa.
2) Peseta diminta untuk mematuhi arahan dan menepati masa. Kelewatan berkumpul akan melambatkan urusan.
3) Sila ikut arahan dan step. ( Drop Baggage --> cek passport di balai pelepasan Antarabangsa --> Scan Passport --> Scan Body dan Hand Carry --> melalui skybridge yang panjang --> menunggu di Gate untuk masuk ke dalam kapal terbang.
Diharapkan segala info di atas dapat membantu sahabat-sahabat semua dan melancarkan segala urusan kita. Tolong sebarkan pada sahabat lain untuk melihat sebarang maklumat yang update di dalam group ini. ( ^_^)



24 AUGUST 2014 (AHAD)

Mesti korang pelik kenapa kitorang datang awal sangat, siap tidur bagai dekat KLIA2.... TERSEMANGAT GITU.... hahaha... SEBENARNYA.... ada cerita di sebaliknya... keputusan untuk tidur di KLIA2 adalah keputusan bersama semua ahli trip, antara sebab-sebabnya:

1) Pakcik bas dan semua ahli trip tidak mahu mengambil risiko kelewaatan pada pagi Isnin (25 August), jadinya pak cik bas dan ketua trip membuat keputusan untuk menghantar ahli trip pada ahad malam (24 August) lebih kurang jam 9 malam....
2) Boleh ambil kesempatan merayau-rayau dalam KLIA2...hehe.. besar teramat...( ni sebab saya sendiri..hehe)
3) Untuk elakkan kelewatan pada pagi Isnin, bukan senang nak handel 35 orang, buat ye sorang terlewat, tak ke pening kepala nak uruskan.
4)Senang untuk berkumpul dan memberikan taklimat.
5) Sebagainya.

Alhamdulillah semua ahli trip menepati masa, cume saya je terlewat datang malam tu,...haha... maafkan saya ye kawan-kawan yang lain...

Setibanya group yang menaiki bas USIM ke KLIA2, taklimat terus dijalankan hampir satu jam, penerangan detail perlu diberikan untuk mengelakkan masalah pada keesokan paginya. Antara isi taklimat berkaitan pelbagai perkara:

1) Pastikan hand carry bebas dari sebarang bentuk cairan, yang hanya dibenarkan 100ml ke bawah, sebarang bentuk tajam seperti pisau, kepit kuku, dan tidak dilupakan besi2 yang sensetif pada sensor.
2) Bangun awal dsan bersiap-siap berkumpul di hadapan balai pelepasan.
3) Dibenarkan untuk membawa makanan seperti roti, burger (tapi nasib-nasiblah lepas ke tak dekat kastam, selalunya lepas)
4)Sesi pengumpulan duit cukai sebanyak 200,000 rupiah oleh wakil ahli trip sebagai mengelakkan dari terguna duit cukai untuk shopping...hehe
5)Pemberian tag nama.
6) Pemberian boarding pass
7) Sebagainya.


(duduk di ruang legar aras 3 sebelum masuk ke sarau KLIA2)




(thank you so much my lovely partner give me chance to borrow your Ipad...hehe..tula degil xnak bawak DSLR Canon...hehe...)


Selesainya urusan taklimat, kami semua terus membawa haluan masing-masing, tapi disekitar dalam KLIA2 je. untuk yang student perempuan kami semua lepak dekat surau perempaun di tingkat 3 (Ruangan kaunter check in), ada sebahagian yang lain tidur di surau tingkat 4, ada sebahagian yang lain tidur di ruang legar di aras 2 (kalau xsilap saya), comfirm punya korang nampak orang lepak-lepak dekat tepi tiang duk tunggu flight.

Alhamdulillah, ada hikmahnya saya datang lewat, dapat port tidur yang agak selesa di surau tingkat 4 jauh lebih luas berbanding surau perempuan di aras 3, mana tak ye, surau aras 3 tu penuh dengan group kami je, ada lah bape orang awam lain yang tidur dekat situ sekali, bila bukak je pintu surau aras tidur 3 tu, dah macam sardin tengoknya masing2 bergelimpangan dengan luggage yang besar2 belaka. Nasib baik ada seorang staff KLIA2 ni baik hati, bagi suggestion untuk naik di surau aras 4, haaa... amik kau kosong, ada lah dalam 5 6 orang je yang tengah lena tidur dekat tepi2 dinding... tanpa buang masa lagi, mata dah ngantuk tapi agak payah nak tidur sebab tempat baru kan... terus cari port terbaik, dapat lah lena 2 jam sebelum bangun jam 4.30 pagi untuk bersiap-siap tukar baju formal.

oklah untuk entry yang lain, akan disambung.,... ^_^




TRIP TO YOGYAKARTA (Jogjakarta)


Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah... thumma... alhamdulillah diberi kesempatan dan ruangan waktu di penghujung cuti semester akhir ini untuk mengembara ke negara orang.... insya Allah.... saya cuba untuk berkongsi sedikit sebanyak segala persiapan dari sebelum berlepas, keadaaan di sana dan seusai tiba di malaysia... diharapkan segala perkongsian ini dapat membantu readers bagi yang ingin keluar negara dan akan ke yogyakarta (Jogjakarta)...

25 August 2014 sehingga 29 August 2014 merupakan tarikh yang di tunggu-tunggu bagi rombongan trip kami untuk melaksanakan tugasan dan amanah dari universiti... pastinya setiap dari ahli rombongan menyimpan pelbagai perasaan (gembira, sedih, gementar, takut dan macam-macam lagi)... bagi yang sudah pernah ke luar negara sebelum ni seperti saya pastinya tidak merasa kekok dan terlalu gementar di sebabkan sudah ada pengalaman, namun bagi ahli rombongan yang lain yang tidak pernah ke luar negara pastinya bercampur-baur perasaan mereka... dari riak muka teman-teman jelas kelihatan cuak dan takut sehingga ditegur pihak imegresen KLIA2... kalau tak silap dalam trip yang kami pergi ini hanya 2 3 orang sahaja yang pernah ke luar negara... bayangkan perasaan  2 3 orang yang dah pernah keluarg negara ni nak handel ahli group seramai 35 orang.... fuhhhhhh.... tarik nafas panjang... memang mencabar.... tapi alhamdulillah berkat doa sahabat2  sebelum berlepas Allah permudahkan segala urusan dari awal pergi sehingga selesai pulang ke malaysia...  oh ye.... seronok sangat bercerita... lupe pulak saya nak mention... untuk trip kali ni seramai 35 orang student tahun 4 Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.... Tidak dilupakan juga orang kuat dalam trip kami iaitu pensyarah pengiring kami Ustaz Nizamuddin (kalau xsilap Dr. Nizamuddin) yang banyak mengetuai sepanjang program berlangsung di Jogjakarta...

Walaupun masing-masing tengah cuti semester dan berada di kampung halaman masing-masing, tidak menjadi masalah besar buat trip kami untuk berbincang... group whatsapp dan group FB menjadi ruangan utama bagi trip kami untuk berkomunikasi....walhal di saat akhir keberangkatan dalam seminggu sahaja lagi sebelum berlepas di uji dengan masalah besar...alhamdulillah... masalah dapat di atasi dengan baik dan sokongan dari semua ahli....

untuk entry ni.... Insya Allah.... saya akan berkongsikan sedikit sebanyak perkongsian berkaitan segala persiapan sebelum berlepas...

PERHATIAN:
** maklumat berlepas:
- 25/8/2014 (Isnin) - 9.45 AM (KLIA2) dan tiba jam 11.20 AM (jogja) - kena berada di KLIA2 3 jam SEBELUM berlepas ( sebelum jam 6.45 pagi)
** maklumat balik
- 29/8/2014 (Jumaat) - 17.15 PM ( jogja) dan tiba jam 20.40 PM (KLIA2)
1) sila pastikan PASSPORT telah dibuat dan bagi sesiapa yang sudah ada passport pastikan tarikh passport hidup 6 bulan sebelum berlepas.
2) semua Passport akan dikumpulkan sehari sebelum hari berlepas (pada hari kita berkumpul =hari ahad).
3) pastikan shbt2 telah menukarkan duit awal2 dan asingkan RM50 (150,000 RUPIAH) untuk bayaran cukai di airport jogja nanti (sebelum berlepas balik malaysia).
3) pastikan luggage (beg besar) tidak melebihi 20kg dan beg tangan tidak melebihi 7kg.
5) Duit belanja di sana seeloknya tukar siap2 di malaysia dan elakkan menukar duit di bank atau di airport disebabkan kadarye tinggi.
6) bagi sesiapa yang ada bank CIMB, MAYBANK boleh lah mengaktifkan pd international (ni sape2 yg rajin), yg ni sbg back up kalau ada mslh.
7) pastikan shbt2 sudah berada di sekitar usim sehari sebelum berlepas ( hari ahad) disebabkan akan diadakan taklimat penting dan pengumpulan passport.
8) barangan yg perlu dibawa:
-toiliteries -pakaian untuk 5 hari (agak2 jgn byk sgt) -sejadah -ubat-ubatan (sekiranya perlu)
9) lain2 penting maklumat akan dimaklumkan ketika taklimat pada hari ahad (24/8/2014)

Barang-barang yang perlu di bawa sebagai tambahan:

1) Pakaian
- mengikut berapa hari korang fly tu... kalau rajin bawak lah banyak tukar setiap hari pagi dan petang, kalau malas, rycle jela baju....hehe..sanggup xsanggup je la...hehe
- Towel bawak yg kecil je, sebab pihak hotel dah sediakan, jimat ruang beg...hehe...
- Sejadah

2)Gadget
-International plug (SANGAT2 penting)
-Charger hp, tab, ipad, kamera


 (Ni lah dia international plug sangat berguna, yang ni saya dapat time pergi haji dulu)


3)Toileteries
- Kalau rajin bawak lah, tapi sebagai back up takut di hotel x dibekalkan... selalunyakan dibekalkan

4) Alat Make up ( hahaha)
-perfume
-deadorant
-bedak, sikat
-lain-lain

sebenarnya banyak lagi, tapi rasanya masing-masing tau kan apa yang nak di bawa...hehe... lebih elok korang buat list senaraikan barang apa yang nak di bawa, senang sikit, nanti time nak balik malaysia, atleast kita boleh buat check list, takut-takut ada barang yang tertinggal ke. ^_^ utk yang ni saya sendiri listkan dan berikan penerangan dengan lebih detail bagi memudahkan segala urusan sahabat2 yang lain...


 oklah, untuk yang persiapan ni sampai di sini sahaja entry yang dapat saya share kan,.. semoga ianya memberi manfaat untuk anda semua,,, ^_^

Sabtu, 9 Ogos 2014

Fuuuhhh...Hembus...Hembus

بسم الله الرحمن الرحيم


Dah lama sungguh tak menjengah ke blog sendiri... berhabuk betul....hehe.... sampaikan email dan password sendiri boleh lupa... email ok lagi.... password terus tak ingat... nampak sangat dah lama tak singah blog sendiri.... 

rasanya masih tak terlambat lagi untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDULFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN.... (lambat bebeno wish)..hehe..maafkan  kesalahan salah seandainya ada menguris hati mana-mana pihak atau buat terasa hati... maafkan saya ye... ^_^

dah hujung-hujung baru nak update blog... awal-awal cuti buat apa haaaa.... bz memanjang... bz rehat ada lah...hehe... tak lama je lagi nak naik semester baru... insya Allah... smeester terakhir di usim... tak sabar rasanya nak habis belajar.... mana tak ye rasaye saya je yang masih terkial-kial belajar... kawan-kawan yang lain semua dah kerja meletop2.... kadang-kadang terasa down jugak kan, yela kawan-kawan dipersekitaran semua dah konvo degree dan dah berkerjaya semua... saya ni masih menghadap buku, menghadap assigment, menghadap presentation.... nak buat macam mana... rezeki masing-masing... pasti ada hikmah disebaliknya... tak gitu kan...  thank you so much to my lovely parent and my lovely partner... you are always beside me and keep give me support to finish  my study... alhamdulillah dengan rezeki yang ada sekarang.... (jangan sedih-sedih lagiye... pujuk diri sendiri...^_^)


dalam kiraaan di jari lebih kurang hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi berada di rumah... lepas tu dah duduk di kampus meneruskan kehidupan di sana... owh tidak.... tak puas lagi nak cuti... nak rehat2... =(

hujung bulan ni dah sibuk dengan trip ke yogyakarta selama 5 hari... lepas tu mungkin direct terus ke usim.... huhu.... x puas nak rehat kat rumah...hehe..

oklah.. nak siap-siap prepared juadah berbuka untuk umi berbuka... semoga umi cepat sihat.... (mood risau)... syafakillah...





Rabu, 21 Mei 2014

Kehidupan Perlu Diteruskan

بسم الله الرحمن الرحيم

(Bila nak taip malam-malam macam ni mulalah feeling tu lain macam....)

21 Mei 2014......

Adalah hari ana akan ingati sampai bila-bila.... dalam satu hari menempuh dua ujian yang bagi ana agak menguji kekuatan diri ana... perit?.. pastinya terasa sakit untuk menempuhnya...ya Allah...sungguh aku tabahkan hati untuk melaluinya sungguhpun kaki ku terasa lemah untuk bertapak menahan diri dari rebah... kalau hari sebelum ni, hari-hari yang ana lalui terasa tenang dan sentiasa ceria bersama kawan-kawan... namun, hari ini emosi ku terus dijentik dan terusik... bermula perjalanan dari pagi tadi cukup mengusik emosi kecil ana... tanpa disedari air mata terus mengalir dan mengalir... waktu tu terasa mahu berhentikan sekejap masa...akan tetapi, kelihatan masa terus cepat berlalu pergi... perjalanan di teruskan ke KLIA diiringi dengan suasana sebak... tahan shikin..tahan... tanpa disedari jam menunjukkan 1.30 petang... ya Allah...saat itu terasa masa berjalan sepintas laju...saat itu air mata tidak mampu untuk ditahan lagi...melihat langkahnya terus di atur ke pintu pelepasan... setiap inci ruang yang ada, lirik mataku tidak berhenti melihatnya berlalu pergi dengan linangan air mata sehinggalah hilang dari pandangan...hanya doa yang mampu ku kirimkan buatmu...


untuk kamu...
* jaga diri baik-baik di negara orang ye... terutamanya jaga iman....
* rajin-rajin contact orang dekat malaysia ni ye... ^_^..


belum sempat reda lagi kesedihan yang dilalui...ditambah pula kesedihan kedua bila mana...keputusan kolej kediaman "tidak berjaya"... ya ALLAH... saat itu terasa seperti kosong... selalunya ada orang yang akan bagi kata-kata semangat dan nasihat...tapi, dia dah semakin jauh meninggalkan bumi malaysia dan terus terbang tinggi di langit...terasa diri hampir rebah menerima ujian kedua.... saat itu, tak dapat nak gambarkan perasaan yang ada...ya Allah.. kuatkan aku...






semoga diriku terus kuat untuk menempuh kehidupan di sini tanpa dia di sisi buat sementara waktu...doakan ana terus kuat...



(wajah ceria sebelum berlepas)






Jumaat, 9 Mei 2014

I'm Come Back

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه وأجمعين


Tiba-tiba hati ana terdetik untuk log in teratak buruk ana ni... asyik lalu je... dalam hati membuak-buak teringin nak update post...hehe... dan 2 bulan lebih teratak buruk ana ni terbiar dek kerana kesibukan belajar (dalam hati bermonolog: sibuk sangat ke..hehe)... sampaikan beberapa kali log in... *incorrect password..hehe.. nampak sangat dah lama x log in blog sendiri... debaran untuk tiba ke final kian terasa..bebaki kurang sebulan sahaja lagi bakal menempuhnya... dan debaran kian terasa menunggu tajuk tesis di umumkan bersama dengan supervisor....waaaahhh... siapakah supervisorku.... Ya Allah..berikan aku supervisor melayu... pleaseeeeee....tolong aku ya Allah... permudahan urusan tesisku pada semester hadapan... but, still risau pasal kolej kediaman semester depan... dapat duduk kat mana lah agak2nya... harapnya Allah berikan penempatan yang terbaik buat ku.... 

(alamak...mata dah mengantuk...macam mana nak study ni....hehe...take 5... untuk update kejap...hehe..)

sambung semula... dalam fikiran ni macam-macam di fikirkan...kalau diikutkan perasaan pasti akan sebak dan menangis... tapi try think positif... kuatkan semangat...alhamdulillah...kembali pulih... dalam fikiran sentiasa memikirkan keadaan diri sendiri tatkala berjauhan kelak...(insya Allah dimurahkan rezeki Allah)...

Dalam hati sentiasa bermonolog:

*kuatkah aku menempuhnya???
*Pasti aku tidak akan berhenti menangis...
*rindu???...semestinya...
*contact... pastinya x dirasai seperti contact ketika berada di Malaysia...
*Nak share masalah pun terbatas sebab dah berjauhan....
*.......................


Namun, jauh di sudut hati ini... hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana perasaan yang ana rasai ketika ini.... (alamak...sebak lah pulak...tiba-tiba dah bergenang je air mata)... cukuplah takat tu... air mata ni laju pulak keluarnya... akhir kalam....ana mohon maaf andai ada terkasar bahasa... Assalamualaikum...




(Thank you so much to en. razin penuhi permintaan kita...even bukan kita berdua je pegi..tapi bersama kawan yang lain...)